Mungkin
ada sesetengah orang yang merasakan remeh untuk memelihara pet kerana
perlu mencuci mereka, dan kalau kucing yang suka berak merata, asyik
kena cuci je najis mereka. Sebenarnya memelihara binatang peliharaan
atau pets ni banyak kebaikan.
1) peneman di kala duka.
binatang
juga punya perasaan.sama seperti kita. Kadang-kadang bila kita sedih,
dia lihat kita pon dia rasa sedih. Sebagai contoh, kucing. Bila kita
sedih, kucing itu akan datang kepada kita dan menggesel-gesel dan
mengeluarkan bunyi seperti mahu memujuk kita. sweet kan. mereka punya
hati untuk memahami perasaan kita.
2) keselamatan.
Mungkin
anjing tidak sesuai untuk dipelihara oleh orang Islam. Namun, secara
amnya, anjing yang dipelihara lebih cepat mengesan bunyi dan bau dari
jauh. Sebagai contohnya, jika anjing terhidu asap kebakaran atau
merasakan rumah tuan mereka dipecah masuk oleh perompak, anjing akan
menyalak supaya semua orang tersedar. Kucing pon sama, pernah terjadi
pada rumah jiran PCB, apabila ada seekor ular memasuki rumah, kucing
akan bergelut dahulu bersama ular itu dan mengiau meminta pertolongan
kita.
3) pupuk rasa kasih sayang.
Islam
dan agama lain mengajar penganutnya supaya kasih dan sayang kepada
binatang. Binatang tidak punya akal, namun masih punya hati dan
perasaan. Bila kita ada pets, secara tidak langsung, kita akan
menyayangi mereka dengan memandikan mereka, memberi ubat jika mereka
sakit, mencuci sangkar mereka, memberi makan dan sebagainya.
rasanya
3 kebaikan ini pon sudah cukup untuk menggambarkan bahawa memelihara
pets adalah sesuatu yang tidak membazir dan bermanfaat.
No comments:
Post a Comment